Thursday

Rindu

With the name of ALLAH of The Most Gracious and The Most kind

Aku punya seribu rasa
Yang aku pendam sejuta hari
Tentang kisah yang aku lalui
Berkisar kisah yang menghantui perjalanan hidupku
Dalam pejam aku lihat semua
Seperti baru semalam semua berlalu pergi
Dalam sedar
Aku tak mampu melihat
Masa masa yang aku lalui
Kerana kesakitan dan kebahagian yang aku pendam
Tak pernah padam
Aku rahsiakan untuk hidup
Aku rahsiakan hingga mati.

"Jika saja aku punya kuasa untuk memutar kembali hidup aku ke belakang, banyak yang aku mahu ubah, banyak yang aku mahu jaga dan banyak yang aku mahu betulkan, tapi hidup tak akan indah tanpa penyesalan" -Syafiq Hafiz"

Semoga semua baik baik saja.



Saturday

Untuk Aku & Kamu

With the name of ALLAH of The Most Gracious and The Most kind

Kepada yang cantik lagi istimewa
Cerita berubah mengikut peredaran masa
Lupakan masa lalu untuk bahagia
Jalani hidup dengan indah
Seindah kau ketika dulu
Seindah ketika semua itu bersatu.

Dunia ini sia sia saja
Jika kau bazirkan untuk sesuatu yang belum pasti
Dan sudah pergi.
Jadikan semua sebab sebab dulu
Tangga untuk masa depan kamu.

Stop. Breathe. Remind yourself – Allah is with you. He’s watching over you. He’s testing you because He loves you. He hasn’t forgotten you. He’s making you stronger. Now smile. :')

Masa Lalu. 

Suara Marhaen

With the name of ALLAH of The Most Gracious and The Most kind

Ada satu negara merdeka
Rakyatnya ramai penuh bangsa
Teknologi dan kepandaian rakyat jelata
Diwarisi generasi kuat dan bijaksana
Megah aku bercerita tentang negara dan bangsa
Yang sebenarnya indah khabar dari rupa
Indah percakapan dalam bahasa
Dongengan ciptaan si maharaja.

Jika ada bahagia bersaudara
Bagaimana jalan untuk melaluinya?
Jika ada dendam yang membara
Mampukah kita hidup dalam bersaudara?
Dalam satu negara merdeka.

"Aku ingin pulang ke tanah air dimana ada tawa bahagia disana, yang bilamana aku sebut tentangnya, senyuman akan terukir indah di wajahku" -syafiq hafiz-

Dunia ini punya kita, 
Dan serpihan dari itu adalah hati kepada keseluruhanya.

Nawaitu

With the name of ALLAH of The Most Gracious and The Most kind

Satu kotak teka teki,
Yang aku kias,
Untuk mengingati sesuatu,
Yang lalu.
Tentang nawaitu aku bertambah indah, lestari akhirnya. 

“Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (QS.Al Hajj: 46)[10]

Senyumlah,
Kamu istimewa,
Tentang semuanya. 

Thursday

Mereka - Tak Mampu

With the name of ALLAH of The Most Gracious and The Most kind

Pertahankan sesuatu yang telah lama hilang
Adalah perkara paling sia sia
Jika hanya satu rasa saja bersuara
Tetapi jika rasa itu membuat mereka bahagia
Kau fikir mereka akan mendengar
Hikmah kata supaya lupa
Dan teruskan hidup seperti sedia kala?

Mereka tidak mampu
Untuk melepaskan
Apalagi melupakan
Jadi mereka kekal seperti itu
Hidup dalam keadaan tidak mampu
Selama mana mereka pertahankan sesuatu
Yang mereka rasa layak untuk hidup mereka
Selama mana mereka mahu
Selama mana mereka perlu
Rasa itu.

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”

(QS Ali Imran [3]: 145)


Bersyukurlah kerana mereka pernah hadir dan bersabarlah jika mereka telah pergi kerana hikmah sabar dan syukur sangat besar bagi mereka yang beriman dan Allah pasti akan beri dan balas yang baik baik untuk kau. Tamatkan derita kau dan berbahagialah dengan nyawa yang sedikit ini, tau.

Monday

Terima Kasih Cikgu & Gengster

With the name of ALLAH of The Most Gracious and The Most kind

Aku merantau ke Pulau Tuba, satu pulau yang aku tak sangka aku akan jejak. Burung Enggang & Helang menjadi kebiasaan pada mata.
Dalam waktu aku kerja, aku kenal dengan beberapa orang yang membantu aku ketika disana, salah satunya cikgu di Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba. Nak dijadikan cerita phone aku mati, charge pulak patah, dekat Pulau Tuba kalau bot tak penuh, dia takkan bertolak ke Pulau Langkawi. Keras aku duduk sorang sorang dekat jeti. Cikgu ni la yang pelawa aku bantu bot dari Pulau Tuba nak ke Langkawi, harga? Free.
Terima Kasih, cikgu.
Kalau dari Pulau Tuba, bot akan hantar ke Jeti kuah, tapi aku perlu ke jeti pelancongan, pekan rabu. Mungkin dia ada 67 sense , dia pelawa aku naik kereta dia dari jeti kuah ke jeti pelancongan, pekan rabu. harga? Free.
Terima Kasih, cikgu.
Sampai jeti, check kereta pulak tayar pancit, datang 2-3 orang "muka gengster" datang dan memberikan pertolongan, call kawan dia bawak pam yang cucuk kat bateri tu, sambil tu kawan dia dok layan aku. selesai semua aku tanya macamana harga. dia kata, halal. Free.
Terima Kasih, "muka gengster".
Dalam dunia ni banyak orang baik baik, sebab sorang yang teruk, kita anggap semua teruk, salah tu. Kita punya mata ni kadang sering salah duga, pandang orang tu selekeh sikit, kata macam macam. pandang orang kemas sikit, kata orang tu mesti baik.
Moga mereka yang memberi pertolongan kepada orang lain diberi pertolongan ketika kesusahan di dunia dan akhirat.

The best thing about asking Allah help is that you don't have to act stronger or hide your weakness. :)

Ditulis di facebook saya & dikongsi semula di blog untuk semua. Moga bermanfaat.

Friday

Ruang

With the name of ALLAH of The Most Gracious and The Most kind

Dilema 
Antara ruang dan waktu.

Aku diberi ujian dengan kesusahan dan kesenangan
Tak ada satu pun yang buat aku bahagia
Bagaimana rasa bahagia itu?

Aku mencari tapi tidak aku jumpa
Sedang aku sedar dari leka
Bahagia itu tidak akan aku temui
Jika aku terus mencari
Kerana bahagia itu
Ada diantara ruang dan waktu
Apabila aku
Menerima
Apa yang patut aku lalui
Dalam hidup ini.

Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Semoga ada bahagia bersamaku, Allahumma aminn.

Sunday

Teruskan Si Maha Tahu

With the name of ALLAH of The Most Gracious and The Most kind

Kamu 
Berkata ribuan yang buruk tentangku

Kamu
Bercerita domba tentang perangaiku padanya

Kamu
Menyata nista tentang perkara yang terkandung dalam hatiku

Sungguh kamu itu serba tahu
tentang perkara lalu dan peristiwa itu
tentang hari ini dan harapan itu
tentang segala apa yang telah ditentu

sungguh, hebat. kamu.

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

Surah AlAn'aam. Ayat 116

Kau mungkin lupa aku pernah menjadi yang paling benar dalam hidupmu, Dulu.