Tuesday

Perwatakan Aneh Ari Hari Pertama

In the name of Allah, the Most Merciful, the Most Kind

Kehidupan mungkin berbeza tanpa warna,kita dilihat dari sudut burung murai bersiul manja tanpa henti di sebuah buaian kosong di tepi jendela.Ibu menjerit memanggil kita dengan tekun tanpa jemu,"bersiap lah!kan jap lagi kamu kene pergi praktikal".Kami bangun lantas mengesat tahi mata yang berperisa agak2 oren,kami berlari (dalam paparan slow mellow) menuju ke tangga rumah dan melambungkan badan dengan hentakan 10000hp/s dengan harapan tinggi menggunung bahawa ibu akan menyambut dan mencium manja dahi kerut berjerawat batu.Kami rebah tanpa kata apabila ibu membaling kuali berwarna kelabu yang dihadiahkan ayah kelmarin dengan lontaran padu ke usus kiri.Tersentak dengan itu kami mengelak manja (sangat hebat keadaan ketika itu) dan dengan kerahan tenaga sekuat batin selepas mencuri minuman tongkat ali ayah semalam,kami merembat kuali itu dengan jurus kungfu kapchai pak milah dan lantas mencium ibu sekuat nafsu seorang anak mithali.Pagi ini indah seperti biasa (macam lagu hujan),permulaan suram bak pantai tanpa pasir halus menerjah ke benak,letih penat diharungi pada pagi yang dimulakan dengan luahan letih lesu berdiri mendengar carutan yang disampaikan oleh beliau yang tidak bertanggung jawab menjaga hati kami yang dibuai rasa benci.Seawal pukul 9 pagi,hari menjelang senja dan bau harum menusuk benak dek wanita tua berginju tebal yang lalu disebelah kami.Renungan manja dibalas pandangan perit oleh pekerja kerana rupa aneh oleh empat pelajar politeknik yang telah dibuang daerah dan disepak keluar ke wisma negeri seremban,pejabat setiausaha.Ramai berkata dengan wajah aneh ini,munkin kami akan bisa menjahanamkan seluruh makhluk disini. Mereka tidak pernah memandang kami menerusi kacamata seorang ilmuan tua yang duduk terperosok di balik batu besar di kaki bukit,menulis karya tentang hidup yang tak pernah lekang di baca ibu saat membuai mesra kucupan bidadari tiduri adik si manis kecil.Kami berlari sambil tangan menggenggam erat beg galas beharga rm9.90 yang di beli di kedai ah cheong kelmarin.Datang seorang tua yang berjantina lelaki menyapa kami,"wahai adik,mengapa kamu kemari?"Dengan wajah bingung dan pucat,seorang daripada alien yang bernama korea menjawab ringkas,"kami datang nak buat praktikal la abang".Seraya dengan itu,kami diikat (sebenarnya kami dibawa bersama2) dan dibawa berjumpa ahli dunia yang "menye"perate"kan kami kepada bahagian pakaian dalam.Kami binggung.Tersentak dengan kejadian ini,alien yang berwajah comel sambil rambut dibelah dua yang diberi nama zupy menjerit dalam hati dan batin gelora dengan jiwa gundah,"kami mahu pulang!".Oleh kerana sesi suai kenal telah habis,kami diberi rehat dan sambungan kerja pada hari pertama praktikal kami di sambung esok hari.Harapan yang diletakkan pada kami munkin tidak tinggi,tapi kami akan buat satu kejutan dengan kesan yang dalam moga kami tidak dilupakan jika kami hilang dari pandangan suatu hari nanti.

1 comment:

dear aifa said...

; hari2 yg memeritkan kan selama 5 bulan. bergelombang dlm dunia duniawi..kejarkan wang semata mata..memberikan implikasi yg besar dlm hidup fia. ceh wah !!!! hahahhahaha. Selamat berjuang rakan rakan ku.