Monday

Parah

In the name of Allah, the Most Merciful, the Most Kind

Semakin lama aku pendam
Jantung aku jadi kejang
Bukan mahu mengaku kalah
Tapi cuma mahu satu kepastian
Tiada apa yang dapat menyakinkan aku tentang
Jiwa itu masih hidup atau mati
Jadi mahu aku jerit dengan kuat
Aku kini koma kerana parah

Mereka kata aku buta
Kerana cuma dapat lihat dia
Tapi aku pasti apa aku nampak
Kerana hati aku tak pernah berbohong
Nadi aku berdenyut kencang
Bila mereka sebut nama dia
Mahu tahu itu apa?
Itu gambaran perasaan bila aku mahu dia
Walau kuat mana aku lari
Mahu kejar dia
Aku tetap tertinggal jauh dibelakang
Sebab dia burung merpati
Aku cuma kura kura

Mahu tarik tangan dia jika dapat
Tapi mereka hanya ketawa melihat aku
Gelagat yang mereka gelar bodoh
Aku diam dan cuba berfikir
Mereka lebih penting dari aku
Aku mimpi dia jadi cantik
Tapi dia tidak bermimpi
Bahkan tidak pernah mahu mimpi
Apakah ini semua cuma satu permainan
Yang dia cipta untuk aku
Ini yang aku terima dari dia
Terima kasih.

4 comments:

Oshi mOshi said...

kalO aku jd dia
aku akan menangis luka
aku xnmpak
kura-kura
yg berusaha dapatkan aku
sedangkan aku pndang merak
yg entah bila akn tinggalkan aku

bodohnya aku
sbb aku x bermimpi ttg dia
sdngkan smpi ke mimpi dia mimpikan aku..

angah said...

oshi . kamu hebat . aku juga akan begitu jika jadi dia . tapi bagi aku kura2 ini byk istimewanya . tidak perlu pandang merak lagi .

ramlee . cuba sudah mahu apa kamu mahu . aku puji kamu . kamu istimewa . kalu jadi kura2,,jadilah kura2 yang terhebat .

P.Ramlee said...

oshi :

ini madsud paling tepat
yang menggambarkan
perasaan aku ;)
terima kasih.

P.Ramlee said...

angah :

oshi memang hebat ;P
jika betul aku istimewa
kenapa dia diam
kenapa dia jauh dari aku
cuba teka dan beri aku kata
aku mahu tahu

terima kasih kerana memuji
:)