Friday

Love For Oshi!


In the name of Allah , The Most Merciful, The Most Kind

Selamat pagi untuk embun
Jiwa rasa kekosongan
Bila kau tiada untuk mulakan hari
Tapi aku pasti
kau tetap ada dihati
Ini janji.

Selamat tengahari untuk mentari
Ingin sahaja aku memeluk kau
Senyum sahaja bila hadapi hidup
Sebab kau teman aku
Tiada disisi
Tapi tetap bukan dengan sepi
Jangan buat bunga jadi layu
Bila hangat jadi bumbung
Sebab kau hujan
Yang akan membasahi bunga.

Selamat petang untuk kawanan burung
Semua jadi indah dengan memori
Kita berkicau macam burung bersama
Kau ada aku
Dan aku pula ada kau
Mahu jadi semua untuk kau
Jangan rampas dia sebab
Dia makhluk asing kesayanganku.

Selamat malam untuk bulan
Fikiran aku terus tidak keruan
Bila mana aku harus ucap selamat tinggal
Mahu paksa tinggal takut
Tapi ramalan yang memberitahu
Kau akan tiba lagi esok
Disitu.

[ Ambil masa yang lama kerana sibuk dengan kerja sekolah , maaf oshi! ]

1 comment:

Anonymous said...

happiness is like butterfly
the more you chase it the more it will elude you
but if you turn your attention to other things..
it will come and sit softly on your shoulder..
may you gain the happiness now..
tulisan yang menarik..
juz nice.