Monday

Tangisan Itu

In the name of Allah, the Most Merciful, the Most Kind

Aku hanya mampu
Cuba untuk berdiri
Dalam diam hadir seribu kegusaran
Aku lihat semua serba putih
Suci dari debu dan kotor
Tapi silap untuk tafsir kertas putih
Helah dibina kata bahagia
Penipuan yang dimainkan
Diputarkan ke hati aku
Aku jatuh cinta pada dia
Tapi dia hanya lihat aku tiada apa
Angin itu ditiup
Membawa semua ke dalam sakit
Yang kau cipta khas buatku
Kelam malam itu jadi saksi
Basah mata mengalir dipipi
Aku cinta kau!
Sangat cinta hingga aku tak tahu
Bagaimana mahu luah hingga
Kau tahu itu aku
Sila cederakan aku sampai mana
Aku tak mampu panggil nama kau
Kerana selagi aku hidup
Aku hanya tahu nama kau di situ
Ada dalam benak
Jauh ke dalam sanubari
Tolong jangan tipu aku
Jika benar kau cinta aku
Dan
Tolong tipu aku
Jika kau benar tidak mencintai aku.

Tolong kembalikan cinta hati saya
Sebab saya rindu mahu rasa seperti itu
Macam dulu dulu.

credits = Syafiq Hafiz | Shafiq A. Holmes | Fauzi Anuar

4 comments:

Anonymous said...

Berhenti..
Dendam itu bisa
Maaf itu penawarnya
Bibir kata derita
Hati kata lega
Ikhlas itu perantara
Mahu kata tidak
Lantas satu jiwa termanggu
Tunggu..
menunggu itu lagi bisa.
Berhenti atau terus..
Berikan kata noktahmu.
Biarlah...

sahabatTulip said...

hati lari lagi?
kejar cinta tak berharapan yang mungkin tapi tak pasti.
apa guna?
kejar cinta Hakiki, Dia pasti menolong kau.

hamiza hamidi said...

Tolong jangan tipu aku
Jika benar kau cinta aku
Dan
Tolong tipu aku
Jika kau benar tidak mencintai aku..

(Its nice ! making de freaking so tripple deep)

Syafiq Hafiz said...

anonymous : kata noktah? tak ada =)