Thursday

Monolog si ibu pada si anak

In the name of Allah , The Most Merciful, The Most Kind

Tekan disini sebelum baca =)

Cerita ini mengingatkan aku pada seseorang..cerita yang mengajar aku bahawa setiap orang ada cerita bersama yang tercinta, ibu..hidup yang tak pernah hilang dugaan dan tekanan, tapi kasih seorang ibu itu mengatasi segalanya..


Jika ibu mati hari ini
Bagaimana hidupmu, anakku..

Jika ibu sakit hari ini
Siapa akan memasak untukmu, anakku..

Jika ibu buta hari ini
Siapa yang akan menghiasimu, anakku..

Jika ibu jatuh dan tak mampu bangun
Siapa yang akan melindungimu, anakku..

Jika kamu ada masalah
Ceritakan padaku, akan ku dengari..

Jika kamu sedang bersedih
Peluklah ibumu, akan ibu hancurkan kesedihan itu..

Jika kamu sakit hati dan mahu meluahkannya
Luahkan saja pada ibu, ibu mahu merasainya juga..

Tetapi..

Jangan kamu pergi dari ibu
Jangan kamu lupakan ibu
Jangan kamu jauhi ibu
Jangan kamu pulaukan ibu

Kerana..

Ibu sayang kamu, anakku..

[ Idea lagu dari http://iniakupapan.blogspot.com/ ]

2 comments:

Unknown said...

sedih. kalau la aku di beri peluan untuk bersama ibu kandung sendiri, banyak sangat yang aku nak luahkan

Syafiq Hafiz said...

semua orang ada kehidupan yang telah ditetapkan, bersabarlah ye, Allah nak bagi kita harapan untuk berharap padanya =')