Sunday

lisa


With the name of ALLAH of The Most Gracious and The Most kind

Pernah kau ada
Sesuatu yang kau mahu
Tapi hilang dalam sekelip mata
Rasa itu
Yang kau risaukan
Yang kau sayangkan
Yang kau simpankan
Yang kau banggakan
Siapa yang mahu derita?
Siapa pula sanggup derita
Hanya kerana mahu bahagia?
Jika kau mampu tilik
Pasti kau sudah duga masa depan
Tapi kerat jari yang hilang
Tak ada siapa mampu lakukan
Manusia ada batasan, halangan
Dulu aku jatuh
Aku harap aku mampu bangun
Sekarang aku mampu
Tapi jatuh tak pernah tinggalkan aku
Kalau ada waktu
Aku ingin dia tahu
Dia adalah sesuatu yang aku tunggu
Sudah lama tunggu
Persoalan yang sudah ada jawapannya
Tiada waktu
Untuk aku
Untuk dia
Semua telah hilang
Dalam sekelip mata.


Aku sanggup derita untuk bahagia, tapi satu hati tepuk mana boleh berbunyi.

I miss you, lisa. kau kucing paling kuat pernah bersama aku. Walaupun kau dah takda, kau tetap akan jadi memori dalam hidup aku. kau. tenanglah..kau tahu ini untuk "kau" kan.

No comments: