Friday

Celik untuk lihat

With the name of ALLAH of The Most Gracious and The Most kind

Cuba
Kau celik mata ketika kau tidak mahu
Lihat apa kau sudah mampu
Tapi tidak kau lakukan
Cuba
Apa yang sudah kau perlu
Tapi kau lambat lambatkan
Cuba
Apa yang sedang engkau buat
Tapi engkau lupa tinggalkan
Alasan
Apa lagi mahu dirumuskan
Kalau satu per satu yang baik
Jadi jahat
Yang bagus jadi merudum
Takkan kau mahu hari hari bidadari ingatkan
Kau mahu ada jam ajaib disebelah
Ingatkan kau
Kejutkan kau
Bangunkan kau
Celikkan mata kau
Hidup tak menunggu kau untuk jadi apa kau nak
Mati juga begitu.


Aku tengok ramai yang mahu berubah, tapi takut dengan komuniti, kawan kawan yang tak beri sokongan moral, keluarga yang tak beri pelepasan , macam macam alasan. Kalau kita cari redha manusia, percayalah sampai mati kita tak akan bahagia. Tak akan ada masa bilamana semua manusia akan suka kau, mesti ada yang benci, mesti ada yang tidak suka. Kalau kita cari redha Allah pula, kita akan rasa tenang, teruk kita, aib kita, Allah jaga baik, kita rasa semua orang suka kita, macamana aku tahu? sebab aku pernah cuba. Kau bila lagi? :) Jangan putus asa tau!

Aku mahu menulis kembali, passion bukan selalu ada. thanks ya.

No comments: