Thursday

Andaian

With the name of ALLAH of The Most Gracious and The Most kind

Apa sahaja yang kamu lihat dariku
Hak untuk kau membuat andaian
Bagaimana kesudahan kepada penglihatan
Itu terpulang kepada kau
Deria rasa yang tepu
Untuk dilihat dari mata kasar aku
Mahu tidak mahu
Itu adalah hasil andaian kau kepada aku
Cerna hingga hadam
Lumat dalam badan
Biar jadi darah daging
Hingga yang baik
Membawa kau ke syurga
Yang sampah
Membawa kau ke neraka
Jahanam.


إيكم والظن , فإن الظن أكذب الحديث

Jauhilah kamu dari prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sebohong-bohong rekaan rasa hati (berita hati).
                                         
[H. Sepakat Al-Bukhari-Muslim]

No comments: