Wednesday

Jaga Hati, Biarkan Mereka Menduga

With the name of ALLAH of The Most Gracious and The Most kind

Pandangan manusia pada manusia yang lain adalah berbeza, manusia itu berbeza dari zahir dan batinnya, alam maya dan realitinya, cara jalan dan larinya. Hilang sesuatu di dunia tak kira manusia, duit atau harta benda, biarkan berlalu. Allah merencanakan penggantian yang besar untuk semua kehilangan yang telah kau lalu. Jika mereka mengatakan kau yang begini, begitu, senyumlah dengan megah kerana Allah azza wajalla mengetahui setiap apa dalam hati kamu yang kamu rahsiakan. Ungkapan pada bibir sahaja tidak cukup membawa kau ke syurga, hati itu penentu yang pertama, menjaga hati itu perkara kedua. 

Don’t compare your life to others and don’t judge them. You have no idea what their journey is all about. 

"Jangan bandingkan kehidupan kamu dengan orang lain dan jangan kamu menilai mereka. Kamu tidak tahu bagaimana perjalanan hidup yang mereka lalui."

(Quote by : Ustaz Azhar Idrus)

Kadang kadang kita nampak ada satu manusia kaya raya, hidup bak istana, bagus dalam pelajarannya, serba lengkap hidup dia kalau nak dibandingkan dengan kita, Allah..syaitan masuk ke dalam hati hati manusia yang lalai dan merosakkan dengan perlahan sampai kita alpa, lalai dengan perbandingan yang kita cipta. Kita nampak ada satu manusia macamtu, tapi kita tak tahu apa yang dia dah lalui untuk dapat macamtu ataupun kita tak tahu yang dengan bersikap begitu yakni dengan membelanjakan apa sahaja untuk dirinya membuatkan dirinya bahagia, kita tidak tahu. Allah azza wajalla sahaja yang berhak menilai hati manusia, bukan kita. Jika dia ingin bermegah, maka dia berdosa dengan Allah, bukan dengan kita. 

Kadang kadang kita nampak pula ada satu manusia yang hidup serba susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, nak hadam satu pelajaran pun makan masa berminggu minggu, hidup serba kekurangan, tak ada kawan yang mahu dekat dengannya kerana kemiskinan yang ada padanya tidak memberi manfaat kepada mereka untuk berkawan dengannya, Allah, moga dijauhkan sifat begini. Kita nampak pula satu manusia macamtu, tapi kita tidak tahu apa dia lalui dalam kehidupan dan perjalanan hidup dia. Mungkin dia boleh menjadi kaya, senang dengan dunia, tapi dia sedar dunia tidak memberi erti dan kawan tidak ada seri jika Allah tidak memandang dia. menjadi miskin dan hina di mata manusia dan bersinar di mata Allah azza wajalla lebih bermakna dan dengan serba kesusahan dia dapat dekat dengan pencipta-Nya. Mana mampu kita menilik hati manusia, kerana manusia itu ada batasan dalam hidup.

"Jika engkau bertemu seseorang, maka yakinlah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkanlah dalam hati" : "Mungkin kedudukannya di sisi ALLAH jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

( Quote by : Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani )

Tapi manusia zaman ini termasuk aku yang hina dina, kadang alpa dan merasakan mata ini medan untuk aku menyatakan "oh begini rupanya si fulan ini, oh begitu rupanya si fulan ini", hati pula menyokong perbuatan mata yang sudah lalai dengan dunia, manusia sifatnya lupa, lalai dan leka. Moga hilang titik hitam yang membuat aku jauh dengan Allah sedang aku rasa aku dekat. Satu nasihat untuk aku, akhlak dan agama selari pada jalannya, benar. maka cara dakwah akan selari. Tapi adakah dengan melihat pada satu sudut, membenarkan kita untuk berkata tentang hati dan perbuatan? Berdakwahlah dengan hati dan cinta, bunga dan musimnya :) 

"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas kepada diri sendiri. Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa. Sungguh Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Surah Az-Zumar: 53)

Semoga aku dan kamu dijauhkan dari hati yang menilai dan meletakkan penilaian hati itu hanya pada Allah. Maka beruntunglah orang orang yang bersabar dikala mereka dikatakan tentang sesuatu yang nista.

Moga bermanfaat :) 
"Doakan saudara kita yang sedang berperang dengan kekuatan, hati dan jiwa."

2 comments:

Anonymous said...

pernah kau rasa rendah diri untuk hidup sebab kau pendosa ?

pernah kau rasa malu untuk merenung muka ibu ayah kau sebab kau rasa kau derhaka?

pernah kau rasa kau kerdil untuk sukakan seorang yang sempurna pada mata kau, lalu kau pendam rasa ?

pernah kau rasa kau tak layak untuk jadi hamba tuhan..
cuma sebab kau memang tak layak?

Al-Fatihah untuk hati aku.
hati-mati.

Syafiq Hafiz said...

itu maknanya hati kau hidup, sebab kau rasa kau pendosa, kau rasa kau derhaka, kau pendam rasa, cuma pasal kelayakkan yang kau letak untuk jadi hamba, Allah dah bagi kau nafas hidup atas dunia, kenapa nak rasa tak layak lagi? Semua orang buat dosa..semua orang pernah derhaka..

Allah sebaik baik pengampun dan yang maha memperkenankan doa. Doalah.