Friday

Ruang

With the name of ALLAH of The Most Gracious and The Most kind

Dilema 
Antara ruang dan waktu.

Aku diberi ujian dengan kesusahan dan kesenangan
Tak ada satu pun yang buat aku bahagia
Bagaimana rasa bahagia itu?

Aku mencari tapi tidak aku jumpa
Sedang aku sedar dari leka
Bahagia itu tidak akan aku temui
Jika aku terus mencari
Kerana bahagia itu
Ada diantara ruang dan waktu
Apabila aku
Menerima
Apa yang patut aku lalui
Dalam hidup ini.

Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Semoga ada bahagia bersamaku, Allahumma aminn.

3 comments:

Anonymous said...

Dan sehingga saat ini aku masih bersyukur kerana pernah diberi ruang dan peluang untuk melihat senyuman kau.. TANPA

Anonymous said...

Life is not designed for happiness.
Antara ruang dan waktu...terbaik analogi.
Kalau masih mencari erti kebahagiaan, ada satu buku karangan prof syed naquib al attas: ma'na kebahagiaan menurut islam. Buku asal bahasa inggeris, ada yg diterjemah ke bahasa melayu. Sangat padat..all in all, kebahagiaan adalah saat dimana diri kita kembali ke fitrah asal kejadian, iaitu penyerahan diri sepenuhnya secara sukarela secara diri fiIkal dan ruh kepada Allah. Itu maknanya Islam: sejahtera kita menyerah diri padaNya

Syafiq Hafiz said...

Allah..terima kasih saudara/saudari :)

insyaAllah kalau ada masa saya try cari buku tu, semoga sejahtera hidup kita yang sementara, semoga kekal hidup kita kerana Dia, terima kasih ^_^