Tuesday

Cerita Gadis Gadis

In the name of Allah, the Most Merciful, the Most Kind
Aku tak pandai berbahasa melalui lisan
Jadi aku cuba berbahasa melalui tulisan

Hey Gadis
Kau berdiri di situ
Cuba menarik perhatian seribu mata
Ya! kau berjaya
Lirikan matamu buat si jejaka pegun
Senyum dihias lesung pipit oh cantik
Pakaian moden bertema adab orang luar
Kau hias pada badan molekmu
Satu demi satu jiwa kau pikat
Aku mengaku aku juga sama terpaut
Tapi pada jiwa sama sekali tidak

Hey Gadis
Lain mata lain pilihanya
Cantik tapi tiada pada seri muka
Lain jiwa lain rasa cintanya
Indah tapi tidak pada senyum suka suka
Lain badan lain cita rasanya
Tampak manis tapi kurang pada gaya


Hey Gadis
Aku tulis bukan saja saja
Aku cuba berkata tapi tiada suara
Menaip jadi teman melepas rasa
Aku insan biasa tapi aku juga ingin bersuara
Jika kawanmu berkata kamu menawan
Kamu tersalah memilih kawan
Pejam mata fikir sebentar dengan jiwa

4 comments:

sepatuKilat said...

gadis mencoret kenalan..
mencari harta bernilai..
ape die?? cube teke??

P.Ramlee said...

saya fikir, munkin cinta sejati :]

sepatuKilat said...

jawapannya ada pada diri siGadis..
sepatuKilat hanya bercereka mengenai hati dan jiwa.. mungkin betul juga P.Ramlee.. atau tidak tepat atau memang tiada jawapan bagi siGadis.. tanya siGadis..

P.Ramlee said...

hahaha ;]
tapi sigadis yang bertanya.
jadi mengapa mengharap jawapan ?
berbicara dengan minda :P