Tuesday

Perasaan

In the name of Allah, the Most Merciful, the Most Kind

Bukan panah pada si gadis
Bukan panah pada si jejaka
Tapi panah pada semua

Aku cinta kau!
Ungkapan yang sangat mahal untuk dilafazkan
Angan bahagia buat hati lemah
Manis terasa tiap masa
Si jejaka berkata penuh makna
Kau milik aku
Si gadis melirik manja
Perasaan buat tenat jadi sembuh
Hidup tak indah tanpa sayang
Melangkah ke depan atau tinggal dibelakang
Selalu ada untuk jaga
Nyawa sendiri tiada nilai berbanding dia
Ini bernama cinta manusia

Tadah tangan sambil doa
Takut selalu menyelubungi hati jua jiwa
Maut sering bermain dikepala
Azab terus berkunjung dalam minda
Ya Allah! maafkan dosa hambamu
Taubat buat hambaNYA jadi tenang
Hidup singkat jadi amalan jadi peneman
Wajib dibuat sunat diharus haram ditinggal
Moga kita dilandasan
Menuju tempat indah iaitu SYURGA dan
Ini bernama cinta pada yang Maha Esa

*Ecah suruh bermadah tentang perasaan :]

2 comments:

Pembongak Bobot said...

abadi sahabat kasih sahabat..
tanggal ini mencipta memoir...
ingat cover nie..

Syafiq Hafiz said...

ingat :]