Tuesday

Mimpi Itu

munkin lebih kepada angan angan kot,haha :]

In the name of Allah, the Most Merciful, the Most Kind

Bagi aku
Siang atau malam sama sahaja
Aku tetap akan berkhayal tentang apa saja
Bukti minda aku masih waras
Untuk mengenal baik atau buruk sesuatu
Jadi Doktor Peguam atau Penerbang
Sudah jadi sebati dalam umur 7 tahun
Sifat matang di tanam dalam diri
Aku sekarang di Institusi Pengajian Tinggi
Oh Hebat!
Aku jadi perdana menteri
Memimpin sejuta rakyat dengan tangan
Dikenali di seluruh dunia dengan adanya kuasa
Hari hari dilalui dengan wang ringgit
Dunia teka teki dapat diselesaikan
Kerana dia aku
Jadi aku dapat buka semua pintu dengan
Satu kunci yang dinamakan mimpi
Moga aku dapat berdiri disini
Dengan ditemani penafian dan pembohongan
Kerana dunia sebenar penuh tembok tinggi
Angkat aku untuk aku lepasi semua
Mimpi itu.

2 comments:

Eacah_Rox said...

mimpi lagi? pasti kali ini lebih girang dr tahun semalam..

P.Ramlee said...

bagi aku setiap hari berbeza :]