*jika aku tenggelam
selamatkan sandal merah itu
sebab itu lebih penting
dari segalanya..
In the name of Allah, the Most Merciful, the Most Kind
Ragam manusia
Tak pernah cukup dengan satu
Fantasi dengan jiwa lebih dari realiti
Sering bergerak tetapi tiada rentak
Dimana hilangnya hati nurani kau?
Benar apa yang kufikir
Kemanusiaan telah lama lenyap
Belas kasihan ditukar ganti
Duduk di tangga renung di jendela
Apa kurangnya dia dengan kau?
Dia punya hati tapi kau punya dengki
Aku mahu kau selamat Sandal Merah
Sebab kau warisan baru
Yang mencorak dunia luar
Menjadi lukisan yang luar biasa
Setia dengan pena untuk berkongsi
Jangan mati lagi
Sebab hidup masih perlukan kau
Wahai Sandal Merah.
*Sandal Merah cuma satu simbol.
12 comments:
sandal diadaptasi si pencungkil seni agung! percaye akan jati hati jantung.. meneroka dan menapak menyarung dengan sandal merah itu..
Saya bukan pencipta seni agung,maaf.
tapi terima kasih atas puji :]
sandal merah banyak makna yang tersirat.
karya yang gundah dipersoal..
hanya pembace dpt nilainye..
sila nilai kerana saya ingin tahu :]
nilaian di hati, berlainan dr kata-kata.. agak rumit untuk dipersoal.. ditimbang mana tahu berat atau ringan...
jadi guna hati dan guna kata.
there's sOmething special inside ur wOrds ..
keep it up dude !!
lOve tO read ur blOg
jeng jeng jeng!
thank you oshi/hans :]
i will.
ok oleh demikian..
maaf.
ta faham ;P
kaTa-kata yg menusuk hati
anda berkarya.. anda adlh seniman
teruskan =) sgt terbaek !
terima kasih menggelar saya begitu :]
anda juga berjaya
membuat saya terharu :P
*terima kasih :]
Post a Comment