Monday

Bintang [Lihat Atas Nampak Dia]

Untuk sahabat paling baik dan terbaik ;)
Aku cipta untuk kau
Simpan dengan baik sebab
Aku tak dapat selalu teman kau
Aku tak dapat selalu penuhi kau
Jadi biar kata saja jadi sahabat
Bila kau rindu aku
Cari saja aku di bangsal hati
Jerit saja dan baca nota ini
Jangan menangis pula kerana
Air mata itu adalah aku
Kau mahu aku jatuh
Dan keluar dari mata kau? ;P


In the name of Allah, the Most Merciful, the Most Kind
Genggam tangan aku
Aku mahu kau disisi aku
Terus dalam hidup
Aku tidak lengkap
Jiwa juga lemah
Tapi aku janji satu perkara
Aku tak akan tinggalkan kau

Genggam tangan aku
Andaikata aku hilang suatu hari nanti
Kau cuma perlu tunggu
Sebab aku akan pulang
Untuk teman hidup kau
Sama macam hari ini

Genggam tangan aku
Jangan lepas selagi aku nafas
Lari sampai hujung dan terus
Malam akan berganti pagi
Tapi hati aku tak akan berganti
Sebab memori aku telah cipta
Satu ruang tetap untuk kau
Tinggal dengan selesa.

Maaf <-- untuk Semalam
Maaf <-- untuk Hari Ini
Maaf <-- untuk Esok

*Jika aku buat salah,petik sahaja maaf ini oke?
*Ini macam bintang jugak ;P

2 comments:

Anonymous said...

owh..
teringat sy pada kisah mygirl..
ku petik bintang dan ku hadiahkan padamu..
tapi,mana mungkin kita dapat petik bintang..
dia tersengih sendirian..:DDDD
lastly,dia dapat juga petik bintang d atas pokok christmas then terjatuh demi mengambil bintang itu dan di hadiahkan kepada si Dia..
romantik ! :)

Oshi mOshi said...

pls make sure ..
Bintang tu sentiasa Bersinar
hahaha..

;)