Monday

Kindergarten

In the name of Allah, the Most Merciful, the Most Kind

Cuba usahakan cerita tentang masa lalu dengan adik sendiri ;)

Comel
Hensem
Baik
Gila
Nakal
Bijak
Positif
Sederhana
Kelakar
Botak <--- aku yang gelarkan ;))

Dia adalah Aiman Haziq ( Belanja Abang Nanti ;p )

Kelam malam ini
Langguk dagu mahu lihat awan
Bintang memancar cahaya ke dunia
Mahu menangkap perhatian diri
Sejuk buat aku kembali ke kamar
Aku senyum pada Aiman Haziq
Dia cuma lihat aku sambil tersenyum
Duduk dan baca tulisan dibuku
"Abang malam ni nak tidur sama?"
Aku diam saja dan terus menulis
"Abang dengar ke tak nie?"
Aiman Haziq bangun dan menolak kepala aku
Dia ketawa dan lari ke sudut pintu
Aiman Haziq menunggu reaksi dari abangnya
Aku pejam mata dan rebahkan diri
Dalam hati aku monolog sendiri
"Budak kecik ni datang,aku tangkap dia,hehe"
Aiman Haziq diam dan memanggil aku
"Abang?Oi abang?"Janganla main main.."
Aiman Haziq makin dekat dengan aku
"Dapat pun,wacha! memain eh!"
Dengan automatik aku karate pinggang Aiman haziq
Dia cuma ketawa dan terus ketawa
Aku gembira melihat perasaan itu
Emosi ini terus aku layankan
"Abang jadi tak malam ni? adik bosanla.."
Aku angkat Aiman Haziq dan letak di atas katil
"Abang busy la,ada hal sikit."
"Banyak la busy,kang jap lagi tidur sesorang pastu mimpi awek,haha!"
Aku ketawa dan memegang kembali pena dan buku
"Malam ni tau! Kalau tak adik ketuk pintu sampai berkecai,haha!"
Aku bangun dan kejar adik aku dengan pantas
"abang gila! abang gila!"
Aiman Haziq ketawa dan terus memeluk ibu
Aku lihat keluarga aku
Aku pegang tombol pintu
Tutup
"blah pun budak kecik ni,haha"
Aku menguap dan petanda sudah datang
Aku tutup suis lampu dan lena.

*Ending cepat sangat sebab aku penat gila time tu ;P nak dijadikan cerita,Aiman mengamuk keesokan hari sebab aku tak tidur dengan dia,hahaha ;))

p/s: kongsi cerita gembira jika mahu hidup bahagia.Kongsi cerita duka jika mahu hidup merana.

3 comments:

Oshi mOshi said...

weyh
post ni
wat bg aku nangis !
aku ingat arwah adik aku lak

wat ever pOn
hrgai adek ko
smntra dia masih ada
;)

eija~ said...

ni bukan wat ketawa ramlee..
tapi bahagia..
nice dow..!

insan sepi said...

ermmm...cukup nice..;)