Monday

Sendiri

In the name of Allah , The Most Merciful, The Most Kind















Oh tak pernah ku duga
Kau
Datang dan bermain dalam hati
Interaksi monolog yang termain
Jiwa penuh dijajah ruang
Masih ada tempat untuk diisi
Walau mampu untuk bersarang disitu
Perlu fikir cara untuk kenal
Untuk kekal
Manusia berubah, sumpah aku tahu itu
Angan tak sama dengan realiti
Tapi
Realiti sama dengan tiap angan
Tak perlu jauh mencari, tercari
Aku disini
Jangan pernah sebut kau sendiri
Kerana kelak kau akan sendiri
Seperti aku

Senyum tidak menandakan apa apa
Gelak tawa
Tak menentukan aku sedang bahagia
Bersyukur lebih baik
Dari mengharap apa yang tak pasti
Aku sedar, aku bukan yang terpilih
Dua cabang jalan
Yang aku terpaksa buat pilihan
Selamat tinggal yang dibelakang
Aku tempuh jalan dihadapan

Aku percaya ada hikmah
Dan aku percaya suatu hari nanti
Dia akan lihat hati itu
Tak semua kita boleh nilai dengan hanya
berkata, bertanya dan melihat
Kita perlu menjiwai dan bersama hidup itu
Habiskan 1 tahun
10 tahun
100 tahun
Jika kamu mampu memahami 1 hati itu
Manusia ada 1 nyawa
Hayati hidup ini dengan sebaiknya
Sebaik baiknya...

~La Tahzan~

2 comments:

eyka said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Sendiri...tiada siapa yang mengerti, sakit, pedih.... Tanpa engkau, sendiri ketika aku menghadapi dugaan yg sangat hebat.. Aku tabah dan redha.. Tiap kali menjengah ke blog ni, aku akan ingat 4 tahun yg lepas.. Aku suda mengerti bahawa itu semua hikmah.. Baru 8 hari lepas aku mengerti, baru 8 hari lepas aku buang segala kenangan.. Baru sahaja aku lepaskan segalanya... Terima kasih untuk segalanya... Aku doakan kebahagiaan kau.... :-)