With the name of ALLAH of The Most Gracious and The Most kind
Aku cerita untuk jadikan iktibar, kita hidup tak lama, kalau mampu, aku nak sebarkan kebaikan walau sekecil kuman, moga bermanfaat. :)
Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)
Nak dijadikan cerita, fulan tadi baru putus cinta, aik?! kenapa putus cinta sedangkan sudah berjanji sehidup semati, kekasih tersepak batu ni, marah batu tu, " hoi batu! kenape kau duduk dekat situ, kan cinta aku dah tercedera" , ish ish ish. Punya sedih dia sebab putus cinta, berminggu mingu dia murung, buat itu tak kena, buat ini tak kena, rasa macam semua benda tak kena. Allah..kesian kat fulan ni, gua yang rock ni pun terasa nak terkulai air mata sebab sedih tengok fulan ni kehkehkeh. Kalau kita rasa kita dah macam hilang hidup, hilang nyawa bila hilang suka tu, ingat satu benda ni, hang hidup atas dunia sebab hang nak bercinta ka? hang dipilih Allah untuk hang keluar dari rahim ibu hang, dibesarkan sampai hang kenai rasa "berperasaan" dan matlamat hang hidup hanya untuk cinta ka? dak kan? jadi kenapa nak frust sampai lagu ni?
Manusia ni mudah lupa, mudah lalai, hati ni rapuh macam biskut apollo, tak perlu kunyah pun boleh terus masuk perut. Hebat..hebat..Kita suka, kita sayang, tak semestinya kita akan bersama. Kalau suka, kalau sayang, kalau Allah kata itu bukan jodoh kau, takkan berjodoh jugak sampai bila bila. Sebab apa? Sebab Allah tahu, yang orang tu tak sesuai dengan kita, tak sesuai dengan kehidupan kita, kita rasa dia ni the best lah, sebelum kahwin memang the best bro, lepas kahwin the boss kau kena nanti. Silap kita bercinta sebelum nikah, silap kita melayan perasaan sebelum nikah, silap kita, memang silap kita, lumrah manusia melakukan kesilapan, takpa takpa, dah terlanjur suka, dah terlanjur jugak kecewa, jadi belajar "terlanjur menerima hakikat" pulak. Alaaa move on tu memang susah, tapi percayalah, pasangan kau mesti move on jugak, akan bahagia dengan orang lain, kau? takkan nak frust lagi, Allah tunggu je kau doa, mohon dekat Dia. Jodoh kau dah Allah standby dah, nak frust apa. bak kata orang jauh, "keep calm and do'a".
Kalau ditakdirkan kita tidak berjodoh di dunia, Allah akan tetap sediakan jodoh kita dekat akhirat. Itu janji Allah. Lelah, resah, penuh air mata satu muka pun kalau dah jadi, akan terjadi. Ingat, dah suka tak semestinya berjodoh sampai ke tua, ke syurga. Tak. Kita bukan milik kita. Kita milik Dia. Nah aku belanja ayat orang putih.
"Allah tak pernah halang cinta, Islam pun tak halang cinta, bahkan Nabi pun tak halang cinta, sebab cinta ni fitrah. Tapi kau kena tahu letak rasa cinta kau kat tempat yang betul, dekat mana? dekat Allah. Maka cinta lain akan disemai dengan indah" -syafiq hafiz-
Kalau ditakdirkan kita tidak berjodoh di dunia, Allah akan tetap sediakan jodoh kita dekat akhirat. Itu janji Allah. Lelah, resah, penuh air mata satu muka pun kalau dah jadi, akan terjadi. Ingat, dah suka tak semestinya berjodoh sampai ke tua, ke syurga. Tak. Kita bukan milik kita. Kita milik Dia. Nah aku belanja ayat orang putih.
Saudaraku, kalau dunia dan seisinya tenggelam esok, sempat tak kita nak cakap kat Allah, "terima kasih Ya Allah sebab memberikan aku rasa cinta dan rasa kecewa, kerana apa sahaja yang berlaku, engkau Ya Rabb sentiasa ada bersamaku, mendengar rintihanku, walau aku terkadang lupa, terkadang alpa, engkau tetap ada, terima kasih Allah", kalau dah jodoh dia dengan orang lain, bergembiralah, kerana dia akan gembira, kau mesti gembira kalau lihat dia gembira kan. Macam aku cakap, bercinta, suka tak semestinya berjodoh. Jodoh ni rahsia Allah, lepaskan dia, tenangkan hati kau. Doa, doa dan doa.
Sekarang aku tengok fulan punya "cinta" tu dah mula move on, jadi kau bila lagi? (^_^)v
"Janganlah kamu hampiri akan pekerjaan zina itu, sesungguhnya (perbuatan zina itu) sangat keji dan jalan yang sesat.
(Al-Isra' 32)
Aku pendosa jugak, kalau kau nak cakap aku dulu pun sama, ye.. :'( sebab tu aku taknak kau pun lalui fasa kehancuran hati dengan lalai ni. Taknak. Road to love after nikah.
5 comments:
next entry please!!!!
InsyaAllah, thanks sudi luang masa untuk baca :)
Road to love after nikah!!!
W
Yeah! Road to love after nikah :)
Hmmmmmmmmm....
Road to love after nikah.....
*mata kecik
Post a Comment