Tuesday

Cadbury : Antara Halal Dan Haram

With the name of ALLAH of The Most Gracious and The Most kind

Sumber : 
Ku Mohon SyurgaMu Ya Allah

Mengenai isu coklat "CADBURY", perkara tersebut boleh admin relatekan dengan hadis berikut.


An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda,
"Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terd
apat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'" (HR. Bukhori)

Perkara syubhah ni perkara was was, bilamana permulaan kita dengar coklat cadbury itu "haram", tetapi tiba tiba berlaku satu perkara, bertukar kepada coklat cadbury itu "halal" pula. Kita rasa was was, tak tahu yang mana betul, haram ke tak haram, maka termasuk syubhah.

Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menjauhi syubhah, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhah, ia seolah telah jatuh dalam yang haram” 

(Riwayat Muslim)

Maka adakah anda mahu buat tak tahu dan mengatakan benda tersebut halal? "ah halal, jakim dah kata halal, lantak lah" , atau anda menjauhi perkara syubhah tersebut sepertimana Nabi Muhammad SAW berkata yang kalau kita menjauhi syubhah (was was) kita telah pun menyelamatkan agama dan kehormatan kita?

#PILIHAN 
di tangan anda


Gambar sekadar hiasan : Sorang tunjuk kat haram, sorang pulak kata halal, yang "cadbury" pula menuju ke perkara 2 orang ni tunjuk (syubhah) iaitu was was. 

No comments: